6 Tanjak yang boleh dipakai oleh siapapun adalah a. Dendam tak sudah b. Tebing runtuh c. Daun sehelai 7. Belah mumbang adalah tanjak yang dipakai oleh . a. Anak Datuk b. Anak Raja c. Anak Menteri 8. Tanjak yang dipakai oleh panglima adalah. a. Dendam tak sudah b. Sehari bulan c. Balik punggung 9. Tanjak "Sehari Bulan" dipakai oleh. a. Pakaian hulubalang b.
JawabanC. Tanjak Daun SehelaiPenjelasanSetau saya...Tanjak Dendam Tak Sudah hanya boleh dipakai oleh DYMM Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agung dan sering dipakai oleh pembesar Melayu. Tebing Runtuh hanya boleh dipakai pegawai dari golongan KALAU SALAHMAAF KALAU SALAHSEMOGA BERMANFAAT Palembang - Tanjak Palembang adalah aksesoris penutup kepala khas Palembang yang biasa dipakai Priyai, bangsawan, dan pegawai kerajaan ketika zaman dulu. "Sejarahnya Tanjak ini sebenarnya tradisi melayu masyarakat orang melayu kalau dulu masih masa kerajaan ini hanya dipakai oleh para priyai dan segala macam.Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu. Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak. Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap Sultan Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri. Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak. Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, Raja Perlis pada tahun 1957 sewaktu menandatangani pengistiharaan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti destar diraja yang lain warna natarnya adalah kuning diraja. Lipatan asasnya sebanyak tiga lipatan dan daun destarnya pula menghala ke SelangorTanjak Sebang SelatIkatan jenis ini pernah dipakai oleh pembesar Negeri Selangor pada tahun 1950-an hingga Pari MudikTerdapat beberapa jenis destar yang digunakan oleh Orang-orang Besar Negeri pada suatu ketika dahulu. Setanjak Pari Mudik misalnya dipakai oleh Dato' Abu Bakar Baginda, mantan Menteri Besar Selangor ke-7 1959-1964. Kedua-dua pucuk sirih destar ini meletakkan disebelah telinga kiri pemakai. Tanjak Lang Patah SayapDestra khas ini adalah pakaian hulu rasmi Panglima Diraja Selangor. Ia diperbuat daripada songket berwarna merah, iaitu warna yang melambangkan kuasa, kegagahan dan kepahlawanan panglima Melayu. Reka bentuk destar ini walaupun nampak ringkas, namun kedudukan pucuk destar yang dipanggil pucuk sirih diletakkan disebelah kanan manakala daun tajuknya pula disebelah kiri. Ini menunjukkan pemakainya adalah daripada kerabat Diraja. 4. PerakTanjak Pucuk Pisang PatahTengkolok jenis ini pernah dipakai oleh salah seorang sultan di Negeri Perak, Kedudukan pucuk rebungnya agak terjuntai ke bawah, seolah-olah melambangkan pucuk pisang yang patah. Destar Patah KepakDestar yang bernama Patah Kepak ini adalah bulang hulu bagi Raja Muda Perak. Warna latarnya kuning dan kuning kencana. Biasanya pakaian sampingan yang lain seperti baju, samp[ing, seluar dan bengkung mempunyai warna yang sama dengan destar. Destar ini pernah dipakai oleh Al-Marhum Sultan Mumbang Belah DuaTengkolok ini pernah dipakai oleh al-Marhum Sulatn Abdul Aziz, Perak pada suatu dahulu. Ia berasaskan solek Belah Mumbang. Destar Lang Raja Kecil Sulung adalah termasuk Empat Raja Bergelar di Negeri Perak Destar yang dipakainya dipangguil Lang Sioh. Ungu tua ialah warna latarnya dengan bunga berwarna perak. Demikian juga warna latar pakaianya dengan bunga-bunga Lang Menyonsong AnginDestar Lang Menyongsong Angin adalah satu reka bentuk yang amat unik yang mengambarkan seekor helang yang sedang terbang melawan angin. Bentuk tengkolok ini yang diperbuat dengan songket berwarnma hitam bersulam benang perak pernah dipakai oleh Raja Di Hilir Perak. Destar Getam PekasamDi Negeri Perak, destar jenis ini dipakai oleh Orang Besar Empat dan pegawai-pegawai kanan istana. Juak-juak di Negeri Selangor dan Pahang juga memakai tengkolok jenis yang sama. Destar Balung AyamDestar Balung Ayam dengan warna natarnya putih bersulam benang kuning kencana ini pernah di pakai oleh Sultan Perak pada tahun 1950-an. Destar Ayam Patah KepakDestar Ayam Patah Kepak yang diperbuat daripada songket bunga penuh berwarna merah adalah pakaian Panglima Perang bagi Negeri Perak. Tengkolok Alang IskandarIkatan hulu jenis ini merupakan antara tengkolok yang dan sering dipakai oleh Al-Marhum Sultan Alang Iskandar, Negeri Perak sewaktu pemerintahan baginda. 5. PahangTanjak Sekelongsong BungaIkatan hulu jenis ini di pakai oelh kerabat di-Raja dan Orang besar Empat Negeri Pahang. Walaupun bentuknya ini agak ringkas dan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah sekelongsong bunga, tetapi terdapat perbezaan antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil Raja Naik BersiramDestar yang diperbuat daripada kain songket berwarna putih ini diberi nama Raja Naik bersiram. Ia dipakai sebaik sahaja raja berangkat naik daripada istiadat bersiram, sama ada sesudah selesai istiadat perkahwinan diraja ataupun pertabalan. Ia nandakan raja selamat bersiram. Destar jenis ini hanya dipakai oleh raja yang memerintah. Putera atau cucunda baginda tidak boleh memakai destar jenis ini. bentuk daunnya melonjong kehadapan dan memakai dua pucuk destar yang disebut Getam BuduDestar ini adalah pakaian hulu untuk Orang-Orang Besar di istana Negeri Pahang pada satu masa dahulu. Bentuk destar ini menutup seluruh bahagian kepada pemakai yang membawa maksud makna menyimpan segala rahsia raja. Warna hijau adalah warna yang dikhaskan untuk Datu-Datuk dan Orang-Orang Besar Cogan Daun KopiCogan Daun Kopi ialah nama khas bagi bentuk destar yang dipakai oleh Sultan Pahang. Warna rasminya adalah kuning muda tetapi baginda selalunya memakai warna-warna latar yang gelap. Bentuk destar Pahang mudah dikenali daripada bentuknya yang segi tiga dan diikat secara menegak di atas dahi dan membiarkan bahagian kepala yang lain terdedah. Selain itu reka bentuk bunga atau daun itu terletak disebelah depan destar tersebut. 6. Negeri SembilanTanjak Kacang Sehelai Undang Rembau ke -20, Allahyarham Datuk Haji Adnan bin Haji Maah yang memerintah dari tahun 1963-1998 adalah waris Seia Raja, Kampung Bukit yang pernah memakai destar jenis ini manakala warna kegemaranya adalah hijau. Penciptaan idea destar ini berdasarkan daun kacang yang melambangkan kesuburan dan kesatuan. Destar Sarang KerenggaDestar ini agak berbeza dengan bentuk Dendam Tak Sudah. Destar unik yang amat menarik ini menggunakan lima lipatan yang disebut takuk dan daun lambaian kasihny tergantung seperti sarang kerengga di sebelah kanan pemakainya. Destar jenis ini pernah dipakai dalam majlis adat istiadat diraja oleh al-Marhum Tunku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1898-1933 Destar Kacang Dua DaunDestar jenis ini pernah dipakai oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada awal tahun 1950-an. Ia diilhamkan daripada daun kacang yang Helang MenyambarDestar ini merupakan pakaian hulu untuk Datuk-Datuk Lembaga Adat di Luak Rembau pada zaman dahulu. Pada sekitar 1950-an, destar jenis ini juga pakaian hulu yang popular kepada pengantin lelaki. Biasanya warna merah bersulam benang emas menjadi pilihan mereka. Destar Dendam Tak SudahDestar Dendam Tak Sudah yang berwarna ungu dengan lipatan lima takuk ini merupakan ikat kepala yang dikhaskan penggunannya kepada Undang atau Penghulu Luak di Negeri Sembilan. Destar Dendam Tak SudahDestar ini banyak dipakai oleh masyarakat di situ. Ikatan asas destar ini adalah sama, hanya perbezaan pada arah lambaian kasih dan bilangan takuknya. Destar ini yang mempunyai tiga lipatan takuk merupakan destar yang dipakai oleh Datuk-Datuk Adat di Negeri Sembilan dan corak kakinya beragi atau berpetak dan lazimnya warna natarnya adalah hitam. Destar Dendam BerahiDestar Dendam Berahi yang diperbuat daripada kain songket berwarna biru laut bersulam benang perak adalah salah satu yang dipakai oleh Undang Luak di Negeri Sembilan pada suatu ketika dahulu. Destar jenis ini mudah dekenali kerana ciri bentuk lambaian kasihnya yang sama lebarnya dan menebal selari tepat pada bahagian hadapan KelantanDestar Setangan IsihKelantan Darul Naim adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya termasuk seni lipatan destar yang dinamakan Setangan Isih dan banyak dipakai oleh rakyat biasa dan juga dalam persembahan Mak Yong. Iaitu sejenis persembahan tradisional merangkum penceritaan, nyanyian dan Ketam BuduDestar ini digunakan oleh pembesar Negeri Kelantan. Warna destarnya hitam dengan bersulam benang emas. Destar ini dan destar lain seperti Destar Panglima Raja dan Paduka Raja menutupi seluruh bahagian kepala. Destar Ketam BuduIkatan jenis ini adalah asas kepada semua jenis ikatan destar di Alam Melayu sejak beratus tahun dahulu. bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat melayu. Destar Bulang HuluSetiap perguruan silat mempunyai ciri-ciri perbezaan dari sudut ikatan kepala. Bulang Hulu merupakan salah satu ikatan destar yang kerap dipakai oleh pesilat di Negeri Kelantan. Bentuk asasnya amat ringkas dan bersesuaian dengan kelincahan dan ketangkasan pesilat. Destar Sudu ItikDestar jenis ini lazimnya dipakai oleh perguruan silat. Ia popular sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajuddin di Kedah. Adalah difahamkan, jenis destar jenis ini diadaptasikan daripada ikat kepala masyarakat Jawa sewaktu lawatan Baginda ke SabahDestar SigaNegeri Sabah yang terkenal dengan pelbagai kumpulan etnik pribumi dengan seni budaya yang amat unik, antaranya seni ikatan kepala yang diguna pakai oleh suku kaum kadazan di Penampang daripada kain tenunan. Ikat kepala ini dikenali panggilan Siga 9. JohorDestar Belah MumbangIkatan jenis ini adalah asa kepada semua jenis ikatan destar Alam melayu sejak beratusan dahulu. Bentuknya berupa layar sebuah perahu masyarakat Melayu., Tanjak Laksamana Johor-RiauTanjak ini adalah pakaian Laksamana pada zaman dahulu dan berasaskan kepada destar Belah Mumbang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab di laut, maka songket berwarna biru berbenang perak digunakan. Tanjak ini mempunyai tiga lipatan berombak-ombak pada bahagian hadapan manakala bahagian asasnya terdapat tiga lipatan daun sirih. Destar Lubang LayarLubang Layar merupakan destar yang dipakai oleh anak-anak raja atau datuk-datuk di Negeri Johor pada masa dahulu. Bentuk destar ini menirus ke atas dan ia diasaskan daripada solek Mumbang Belah. Di bahagian pucunknya terbentuk dua daun yang trerbuka yang melambangkan kain layar sebuah perahu sedang mengembang. Tanjak Tebing LaksamanaTebing Laksamana sesuai dengan namanya, adalah pakaian rasmi bagi jawatan Laksamana sejak zaman Empayer Melayu Melaka lagi. Ikatan destar ini berasal dari zaman pemerintah Johor-Riau. Bahagian depan destar mempunyai tiga lipatan berombak yang amat menarik. Tanjak Tebing RuntuhIkatan jenis ini adalah pakaian hulu anak-anak raja pada masa lampau di Johor. Mempunyai lipatan tiga tingkat yang dikenali sebagai lipatan susun sirih dan daun tajuknya melambai kesebelah KedahDestar Laksamana KedahDestar berwarna hitam daripada kain songket dengan ikatan asas susun sirih ini adalah contoh ikatan Negeri Kedah Darul Aman yang dipakai oleh laksamana. Bentuknya yang unik dengan segagah namanya adalah pakaian hulu kerabat diraja Kedah pada masa dahulu. Sekali imbas ia seakan-akan ikatan Dendam Tak Sudah, namun jika diteliti dengan rapi perbezaannya, daunnya dinaikkan ke atas, manakala dua pucuk yang disebut kuasa, berkedudukan sebelah menyebelah di bahagian kiri pemakai Destar Temenggong KedahIkatan destar ini dipakai oleh kerabat diraja Negeri Kedah. Pasa masa sekarang ikatan yang sama dipakai oleh golongan bukan istana dengan daun kuasa terletak di sebelah kiri11. SarawakTanjak Budis Tak BalikTerdapat sejenis ikatan yang dikenali dengan nama Bugis Tak Balik banyak dipakai pada masa dahulu di neger-negeri yang mempunyai pengaruh Bugis seperti Terengganu, Johor, Selangor dan Perak. Destar berwarna merah ini merupakan ikatan hulu masyarakat Bugis di Sarawak.
Begitulahsebenarnya hakekat tanjak yang sesungguhnya. Tanjak bukan hanya sebuah hiasan kepala untuk sekedar melestarikan budaya, tetapi tanjak membawa pesan moral yang luar biasa bagi siapapun yang memakainya.Karena dalam tanjak ada nasehat dan anjuran supaya orang dapat memanfaatkan segala kemampuannya sesuai pengetahuan yang dimilikinya untuk kepentingan diri dan masyarakat.Zaman sekarang, mungkin kita terfikir yang pemakaian tanjak ni tidak lagi relevan kecuali di majlis perkahwinan orang Melayu je kan. Ia dikatakan sebagai budaya yang sudah ketinggalan zaman, namun budaya memakai tanjak ni semakin menjadi trend dikalangan orang kita pada masa kini. Benda macam tu sangat bagus sebenarnya, yang jadi tak best adalah bila orang hanya memakainya tanpa mengambil tahu tentang maksud-maksud tanjak tu. Sedangkan ada tanjak yang memang kita sebenarnya tak dibenarkan pakai tau! Ini belum masuk lagi mereka yang memakai tanjak tapi memperjuangkan perkara yang sekaligus memburukkan nama’ tanjak tu sendiri. Kali ni kitorang nak cuba bagi korang faham tentang maksud dalam perbezaan jenis dan bentuk tanjak tu sendiri, ini supaya korang faham nilai yang ada dalam pemakaian tanjak ni. Ini antara jenis tanjak yang sering dipakai orang kita… Mempunyai banyak bentuk berbeza dan maksud tersendiri Antara jenis yang ada. Imej dari Pinterest Tanjak, atau variasi lainnya ialah Tengkolok dan juga Destar merupakan aksesori kepala dalam budaya Alam Melayu, dikatakan pada zaman dahulu kita akan nampak semua orang akan memakainya tak kira darjat. Ini kerana tanjak itu sendiri merupakan pengukur kepada status seseorang itu sama ada bangsawan ataupun marhaen sahaja. Kalau nak diikutkan, terdapat lebih 300 jenis tanjak yang wujud, ada yang masih dikenali sehingga kini tapi ada juga yang sudah pupus ditelan dek zaman. Cuma zaman sekarang, orang kita hanya memakainya sebab nak ikut trend sahaja dan mereka tidak cakna dengan segala adab pemakaian dan juga cara penyimpanan yang betul! Boleh je kalau nak ikut trend, tapi pastikan dengan cara yang betul lah. Ini antara beberapa jenis tanjak yang masih boleh dilihat pada zaman sekarang- 1. Dendam Tak Sudah Segak betul! Imej dari Khazanah Warisan Walaupun nama dia agak menakutkan sampai ada dendam-dendam, tapi katanya nama itu diambil sempena orang dulu-dulu yang membuat tanjak ni asyik tak puas hati dengan hasil kerjanya. Sampai satu tahap tu dia ibarat tak sudah-sudah berdendam untuk menghasilkan tanjak yang terbaik. Lama sangat berdendam tu. Imej dari imgflip Tanjak Dendam Tak Sudah ni juga adalah ekslusif untuk raja yang memerintah, seperti Yang di-Pertuan Agong dan juga Sultan. Sebab tu kita tak boleh senang-senang je pakai tanjak ni. 2. Alang Iskandar Antara tanjak kebanggaan Perak. Imej dari Trisila Ini antara design yang paling cantik, ia dikatakan digunakan oleh Almarhum Sultan Idris Sultan Perak dan ia antara tanjak kebesaran negeri Perak. Dikatakan tanjak Alang Iskandar ni pemakaiannya dibenarkan kepada rakyat tapi ada sedikit perbezaan lah dengan versi diraja punya, katanya yang diraja punya design sedikit besar dan mempunyai aksesori lain yang diletakkan pada tanjak tu. 3. Ayam Patah Kepak Celah mana macam kepak ayam entah. Imej dari Facebook Lagi satu tanjak yang pernah digunakan oleh Sultan Perak adalah Ayam Patah Kepak, dikatakan ia digunakan oleh Sultan sejak 1984. Cuma yang membezakan versi diraja dengan marhaen adalah warnanya, kalau yang Sultan pakai katanya berwarna putih bersulamkan benang Perak. Kalau rakyat biasa just pakai selain dari warna tu je lah kot. Kecuali warna kuning, tu untuk Raja Muda Perak. Ini merupakan design yang kita akan selalu nampak dijual di pasaran sekarang, dah memang lawa kot sebab tu ramai nak beli tanjak Ayam Patah Kepak ni. Kira bila pakai, auto kacak! Tetapi maksud yang dibawa tanjak ni sangatlah berat, sebenarnya perbezaan warna pada tanjak jenis ni adalah untuk menggambarkan jauh berat sesuatu tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang itu dalam pentadbiran adat istiadat. 4. Helang Menyongsong Angin Simple tapi style. Imej dari Portal Diraja Pahang Tanjak Lang Helang Menyongsong Angin ni adalah tanjak yang digunakan oleh kesultanan Pahang, tadi banyak dari Perak je kan, so tak salah kalau kitorang kenalkan dengan tanjak dari Pahang pula. Design ni pun ramai orang pakai zaman sekarang ni, bentuknya seakan-akan menampakkan diri korang seperti pendekar! Itu antara tanjak-tanjak yang semakin meningkat naik namanya pada zaman sekarang, namun kalau kita berbalik kepada pemakaiannya hanya disebabkan trend, itu yang menjadi masalah. Ini masalah yang bakal dihadapi… Masyarakat memandang serong tanjak sebab tindakan seseorang individu Segak bos! Imej dari Pinterest Bila pemakaian tanjak sudah menjadi trend fesyen pula, itu membuatkan ramai yang nak memakainya. Yang menjadi masalah adalah apabila mereka tidak menitik beratkan adab dan adat yang betul, perkara itu seakan-akan telah melanggar etika pemakaiannya tersendiri. Itu kalau dari sudut dasarnya lah. Kalau cerita dari sudut pandangan orang lain pula bagaimana? Betul, dengan memakai tanjak pada zaman ini boleh dianggap memartbatkan kembali busana tradisional kita, tetapi individu yang pakai tanjak tu perlu lah menjaga nama baiknya sekali. Ini disebabkan, ramai sangat yang menjadikan tanjak sebagai salah satu propaganda scheme mereka. Golongan sebegini selalunya mengatakan yang mereka memperjuangkan kaum dan agama, namun pada hakikatnya apa yang dorang perjuangkan tu tiada dasar yang betul. Itu memberikan pandangan negatif masyarakat terhadap orang-orang yang memakai tanjak’. Apa yang dimaksudkan adalah, apabila seseorang individu itu buat hal’, masyarakat bukan hanya mengutuk individu itu je. Entah laaa. Imej dari imgflip Mereka juga akan memandang serong benda-benda yang berkaitan individu itu juga, ini termasuklah tanjak! Tahu-tahu tanjak terkena tempias sekali, sampaikan semua orang yang memakai tanjak dilabel negatif. Dia macam ni, kalau korang nak perjuangkan apa-apa, atau mungkin ada perbezaan pendapat tu semua okay je. Tapi tidak perlu sampai menggunakan tanjak hanya untuk raih sokongan. Tanjak merupakan warisan bangsa, kita patut menghargainya selagi boleh. Tetapi untuk menggunakannya sebagai batu loncatan ataupun perjuangan yang menarik pandangan serong masyarakat, lebih baik jangan memakainya. Kita semua bertanggungjawab dalam menjaga nama warisan kita!sdEMpnx.